Wednesday 28 December 2011

DI AKHIR DISEMBER 2011..



Assalamualaikum…

Agak lame juga tak menulis….ermmmm mungkin takde bende yang nak dikongsi atau mungkin jugak sedikit malas huhuhuuhuu….Kehidupan masih macam biasa hari-hari kerja jumaat jer off day aku….tapi aku tak kisah sangat sebab aku suka bekerja, seronok dengan apa yang aku lakukan…..Bila aku bekerja aku dapat lari sebentar dari masalah yang ada..Aku boleh sibukkan diri dan aku boleh menyibukkan diri …Walau kadang-kadang masalah datang juga menjenguk aku dan  bertanya statusnya, namun aku boleh menepis, boleh melawan dan aku boleh singkirkan masalah tu buat sementara…….sshuuuuhhhh…sshuuhhh…Listen here masalah!!!!! I don’t hav time for you…live me alone…juz go..go..goooo….(kalau la boleh macam tu kan…) fffuuuhhhhh….

Okey laaa juz nak story few things yang berlaku bulan Disember ni….Eeemmmmm….Awal bulan aritu my dear friend dah selamat bergelar seorang isteri dan aku dah berjaya menyibukkan diri aku kat majlis dia…yelah dalam banyak kawan-kawan kami yang dia jemput hanya aku soram jer yang dapat menghadirkan diri…nak buat macam mane sume oram dah ade kerjaya tak pon tak dapat balik sebab ade aral melintang….kukuiikuii…..Selamat Pengantin Baru untuk NA dan ADIE (Nama sebenar tepaksa dirahsiakan…Boleh?????)

Dan awal bulan aritu jugak husb balik dari percutian panjang dia di Spain…Sampai Malaysia ari jumaat…husb bagitahu aku dia nak bertolak balik ke Terengganu pagi sabtu tu…Konononya malam sabtu tu nak stay kat rumah kawan dia dulu….But once dia arrived kat KLIA,suddenly dia decided nak amek flight terus balik Terengganu….Masa dia cal aku suara dia macam penat sangat,13 jam rasenye penerbangan dia…kesian betul aku dengar,pastu tak sabar-sabar nak pekena tomyam dan semua masakan melayu…..horrible sangat ke makanan kat sana????....Flight dr KLIA dalam pukul 7:45pm dan dijangka sampai 8:45 pm….So aku bertolak dari kampung aku lepas maghrib terus ke Airport….Punyalah semangat nak jumpa husb sebelum pukul 8:00pm aku dah sampai….Menunggu laaa aku….dan tepat jam 8:30pm dah dengar pengumuman flight dari Kl dah mendarat…cepat betul yer….maklumlah tak jem…huhuuuuuhuuhuu….

Aku saje tunggu dia jauh-jauh sket,biar dia sampai nanti dia tercari-cari wajah yang dia rindu ni….First time aku tengok dia after 12 days tak jumpe….kenapa my husb nampak sangat kurus????.......Mase tu dah dapat membayangkan mesti makanan kat sana memang sangat eeewwwwww…..dulu masa dia pergi Eastern Europe takde la balik susut macam ni, same jugak almost 2 weeks….Tapi…ni kenapa yang teruk sangat???....haaaahh…ambek ngko…melilau tercari-cari aku…nampak jer muka aku terus request tomyam…bukan nak kata miss u ke ape ke….hahhahaaa….singgah lah kami ke kedai makan isi perut dia dulu…kesian my husb….

Perasaan rindu aku ni dah  bercampur dengan excited yelah lame terpisah kan…dan lagi excited nak tahu ape yang dia belikan untuk aku….Masa dia bertolak pergi sana dulu dia dah pesan kat aku jangan mengharap sesuatu yang best sangat la sebab barang kat sana semua x4…ape yang dibeli tu terima la dengan redha….ok I got it!!!!!.....Tak kisah mane pon sebenarya pasal sourvenir tu takde pon takpe kalau ade lagi la takpe kuikuikuiikuiii……Lagi pon memang dah tahu kat sana matawangnye EURO….So tak payah nak ber Coach, ber Gucci, ber LV bagai la….alahai ade ke.. mampu ke?????....Of cos la aku tak mampu,sah-sah tu berangan jer….huhuhuhuuuuu…

So ni laaa…a few things husb dapat belikan untuk aku…..Sekadar berkongsi berkongsi kegembiraan….

 Awal bulan jugak aku ade tersentap dengan sesuatu yang memberi sedikit tekanan dalam diri…tapi takpe aku dah belajar cara nak handle bende-bende ni semua….memang kadang-kadang di bibir je berkata yang kita mampu handle sesuatu tapi hati kita menidakkan…Walau apepun aku dah cuba sedaya aku…cuba untuk jadi kuat walau kadang-kadang aku masih juga rapuh…Hidup tetap kene terus sampai bila harus jatuh tanpa mampu bangkit,sedang oram lain mertertawakan kejatuhan dan kerapuhan kita…..Mungkin hari ini aku masih kuat tapi aku tak pasti dengan hari esok…Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dalam diri aku…..Kan….tibe-tibe masuk bab sedey…..Yelah dalam suka pasti ade duka....Okeylah END part sedey kat sini yer... 

Jom kita tengok-tengok makanan pulak…


                      udang,sotong & ikan celup tepung yang dapat aku goggle...tak terliur ke?

Okey next…..Biasanya hari jumaat aku keluar ngan husb pergi makan-makan,pusing town,sesi lepak-melepak kat tepi-tepi pantai…tak pun pergi makan udang,sotong or ikan celup tepung (mcm kat atas tu) yang femes kat Terengganu ni,Biasalah port kalu nak makan tu semua  kat Pantai Airport.Sume makanan kat sini superbbb….Kalau ade yang nak bercuti kat Terengganu tu aku rekemenkan koram singgah kat Pantai Airport ni tak rugi… perut pon kenyang…

Tapi jumaat minggu lepas pagi tu aku tolong husb kemaskan kayu-kayan yang berselerak kat rumah kami yang masih dalam proses pembinaan…tolong dia longgokan kayu-kayu tu kat satu tempat supaya senang orang nak buat kerja,sepatutnya kami tak payah buat pon takpe semua tu tapi ayah mentua yang suruh husb aku kemaskan…dah takde kerja so aku pon join la husb aku kesian jugak kalau dia buat soram kan….So mengangkat kayu la aku aritu,Bayangkan badan aku yang kerempeng ni mengangkat kayu...hihiiiihiiiii…..

Tengok pada keadaan rumah tu husb aku cakap tak lama lagi akan siap…husb bagitahu kalau takde aral Insyaallah kalau semua dipermudahkan dalam bulan 3 kami akan stay kat our new home….Aku harap sangat bulan 3 tu aku dah pindah masuk tak kire la awal ke,tengah ke,akhir bulan ke janji bulan MARCH/2012…..Aku sangat-sangat tak sabar to starts new life again…Ye..new life!!!!!!.......huuhuhuhhuuuu..Hopefully next year ade la rezeki buat kami dapat baby…Insyaallah…

Ape citer ni dari awal bulan tibe-tibe akhir bulan yang tengah bulan mane????....jawabnya tengah bulan tu tak sempat nak fikir ape yang dilakukan…atau mungkin kalau cerita kan jadi boring plak…afdal la di awal dan akhir bulan saje ye….
Sebelum entry boring ni berakhir dan tahun 2011 yang dah nak berakhir tak berapa hari lagi ni…Aku dengan berbesar hati nak wish kawan-kawan semua


Semoga perjalanan 2012 dipermudahkan, dilimpahkan rezeki,diberi kebahagian,dilindungi oleh Allah S.W.T dan semoga aku dan kita semua bakal menjadi IBU di tahun 2012 Insyaallah…..Tanamkan azam dalam diri ye…Bagi aku pulak aku akan postpone kan Azam tahun lepas…Dah 5 tahun dah berazam harap-harap azam yang di postpone ni akan tertunai la tahun ni kan…next..next year buleh bukak azam baru yer dak….Berhenti kat sini dulu yer…Insyaallah next year kita jumpa lagi…


Terima Kasih Ya Allah….

Wednesday 7 December 2011

SALAHKAH AKU...???



Mengapa saat ini aku merasakan orang sekeliling seolah membenci,seolah mencemuh,seolah memerli dengan kekurangan yang ada pada aku?…Adilkah aku berfikiran begitu??…Salahkah aku berfikiran sebegitu??? Dan salahkah aku kerna ada kekurangan???Berdosakah aku kerna tak seperti insan lain???…,Bukan pernah meminta dicorakkan kehidupan sebegini,tidak aku meminta menghadapi dugaan ini…Namun semua yang berlaku adalah kehendak-Nya…Insyaallah akan ada kemanisan selepas kepahitan sementara ini….

Allah tak akan memberi ujian kepada seseorang hamba melainkan sesuai dengan kemampuannya,Seharusnya aku tak perlu menangis lagi dengan ujian ini…

Aku cuba untuk tidak menangis,namun hati aku terlalu rapuh dengan manusia sekeliling…Manusia  yang terlalu ingin mengambil tahu,terlalu ingin mengambil berat dengan  sindiran dan cemuhan…Aku rapuh dengan kata-kata manusia sekeliling,aku menangis dengan sindiran orang,aku merintih dengan kelantangan insan lain bebicara tentang hidup aku…..

Aku seolah bersendiri di bumi Allah yang luas ini,tiada tempat untuk aku mengadu,tiada tempat untuk merintih…Aku insan lemah ,Aku tak layak meminta lebih….Yang aku mahu cuma sedikit ketenangan dalam hidup,Aku ingin jauh dari segala masalah untuk sementara..Aku ingin jauh dari insan yang mencaci,menghina,mencemuh aku…Aku tak perlukan mereka untuk berada di sekeliling aku…Aku letih dengan mereka yang berterusan cuba sedaya upaya menyakiti hati aku…Aku tak menyusahkan hidup orang lain,Aku tidak meminta-minta… Aku terima apa adanya aku….Tapi kenapa masih ada yang  tak jemu-jemu mengusik hati aku…????

Ya Allah bantulah aku…………………

Monday 21 November 2011

HAPPY HOLIDAY HUSB


Assalamualaikum…

Malam ni husb akan berangkat pergi spain…sedey sangat tadi hantar dia naik bas gi k.l pon dah manje-manje jer air mata ni keluar…iskhhhh tak malu….
                                    Bas yang husb naik td Sani Express
                    
Dear my husb…nape tak bawa saya sekali awak…????

Husb aku cakap “Dear my lovely wife…saya pergi pon takde bayar satu sen pon juz bawa diri,baju,passport,tiket pergi balik naik bas trg dan k.l dan sikit duit wat beli souvernier kat family,kawan-kawan ofis dan untuk awak…Dan kalu nak bawa awak saya kene keluarkan jumlah yang sangat besar yang saya rasa dengan jumlah yang macam tu kalau saya bawa awak pergi umrah lagi afdal…faham sayang..”
Ok…got it dan faham... :o

Ape-ape pon saya doakan awak selamat sampai sana dan selamat pulang ke pangkuan saya..Enjoy your trip and bring me somethings special  from spain… ;p

                                        macam ni agaknye spain..

So malam ni juz me and my room….huhhhhhhhhhhh….Tengok bola pon soram-soram,makan soram-soram,tido soram-soram uurghhhhhhhh bosannya…macam mane lar saya …awak tahu kan saya seorang yang suka bercerita,tiap-tiap malam banyak bende yang saya nak share ngan awak…dan bile awak takde…saya tak tahu macam mane nak lalui 12 hari ni…saya rasa sangat-sangat lost,sepi,sunyi,sedey,rindu arrhhhhhh….macam-macam laaa….

So the planning malam ni tido umah mak mentua,esok balik kerja terus nak balik umah mak…yayyyyy…I miss my mom a lot…

Sepanjang perkahwinan 5 tahun ni…aku rasa ni lah perkara yang paling aku rindu,kembali cam zaman belum kahwin dulu…huhuhuhuuuuuuuuuu….best kan..Aku rase sume orang pon kan rindu zaman ni…

Yelah… dah terlalu lama rasa tak tinggal ngan keluarga sendiri lame-lame macam ni…so dalam masa 11 hari yang akan bermula esok aku akan manfaatkan setiap waktu aku kat umah family..Takdelah rase kekok kan ngan mak sendiri…”mak saya nak jadi anak dara selama 11 hari buleh…???? Nak balik zaman malas-malas dulu…” huhuhuuhuhh…mak aku cakap  “yaa…your wish accepted…” dussshhhhhh…..

Hari ni,selasa,rabu khamis kerja pahtu jumaat off day untuk pantai timur yer...sabtu datang kerja jap ahad cuti awal muharram tapi kene pergi wedding best friend husb jadi wakil la dah husb tak dapat datang.…ermmmm isnin kerja pahtu selasa,rabu,khamis aku start cuti…fuhhhhh ley kate cuti panjang jugak la aku…
1/12  ni kawan baik aku kahwin,2/12 pulak kenduri dia…mase dia tunang aritu aku tak dapat datang sebab dia buat majlis hari bekerja dan mase dia bagitahu aku pon lg 2 hari dia nak tunang mane sempat nak mintak cuti…sori friend….Dan kebetulan tarikh wedding kawan aku ni same ngan time cuti aku…aku bersyukur sangat,boleh lah aku menyebukkan diri kat majlis mung huhuuhuhhu…

Dan  aku rasa ni lah cara aku balas jasa kawan aku tu sebab masa aku kahwin dulu dia banyak sangat tolong aku…On your wedding day ni aku akan habiskan masa tolong my friend Insyaallah…Katanya cinta my space…aku cam tak percaya je,macam mana dia boleh bertemu jodoh dalam internet?...tapi ye la kan kalau dah jodoh macam mana cara jumpa pon dah tak penting…sangat-sangat gembira untuk koram sayang…“Selamat pengantin baru & semoga kekal di dunia dan akhirat”

And Eiyda bersedialah untuk menghadapi mulut-mulut longkang kat majlis macam ni…Takpe aku dah sediakan m-16 nanti sape-sape yang banyak tanye aku tembak jer….Planning aku… buat-buat tak nampak jer sape-sape yang akan membosankan aku dengan banyak pertanyaan…kalau tanye jugak M-16 dah ade muahahhahaaa….siap la mung….

Ok la aku harap ape yang aku rancangkan sepanjang ketiadaan husb ni, sume akan dipermudahkan oleh Allah…

And to my dear husb…jumpa awak 2/12 nanti yer.Saya sayang awak sangat-sangat.Big hug for you… J

Terima Kasih Ya Allah




Sunday 20 November 2011

BIARLAH RAHSIA

Assalamualaikum...

Hari ni nak update sikit jer...sbb line tenet sangat-sangat uuhhhhhhhh.......
Juz nak share lagu yang sangat aku suke...liriknya sangat menyentuh hati aku..


Siti Nurhaliza - Biarlah rahsia

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan
Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...

Terima Kasih Ya Allah..

Friday 18 November 2011

Aku masih ada....

Assalamualaikum....

Sangat lame tak datang melawat blog sendiri...
Aku sangat suke menulis tapi..
Dengan line internet yang tak berapa good....aku tak dapat buat entry baru

                                                        Sorry.... :(

Aku akan cuba untuk menulis lagi kalau diizinkan...

Terima Kasih..

Friday 4 November 2011

SALAM AIDILADHA..


Assalamualaikum…





                        Sebenarnya kami je...yang lagi 5 tu belom lagi hikhikhikk


Ok lah nak wish Salam Aidiladha…

Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM
Melihat keteguhan iman anaknya ISMAIL
Dikala itulah bermulanya sejarah agung
ERTI SEBUAH PERGORBANAN…


Wednesday 2 November 2011

KAWAN BARU KENAL!!!!


Assalamualaikum….

Huhhhhhh…… tak tahu camne nak mula ni…
Minggu lepas aku ade berkenalan ngan seorang perempuan.Macam-macam sembang..yelah dia pon memang cam ramah jerr…So bile bercakap tu aku tak kekok la..yelah sesetengah orang tu kadang-kadang malu dan susah nak bersembang..

Dia pon story pasal dia bla….blaa….Aku pon story lar sket pasal aku…Awal-awal lagi aku dah fikir dalam kepala kalau die tanye dah berape lame kahwin…aku juz nak cakap 1 tahun lebey je…Kononnya malas arrr ckp yg betul kan.. nanti ade yang terkejut beruk, pahtu banyak plak soalan kene tanye nanti…aku ni dah la letih nak menjawab soalan…uuuuhhhhh….( Tapi mmg selalu pon aku fikir macam tu tapi...)

Tapi aku…yer aku…Bab tipu menipu ni memang aku fail (nak budget ko baik ke???).. Takdelah….Tapi seriously aku tak reti nak tipu menipu ni, (alaa tu bukan tipu pon.. tu cuma menyembunyikan fakta je)…Yes…. pon same aku tak pandai…lebih-lebih lagi bila face to face macam ni lagi la kan..

Ok lebey kurang macam ni dialognye

Budak 20 tahun: Akak dah lame kahwin ye..? anak dah berape?
Aku : Aaaaaa…. dah….ermmm…2 tak..tak.. 5 tahun lebih dah…anak takde lagi…(Aku dh agak memang selalu jadi macam ni…)
Budak 20 tahun: Oooowhhh…. Ye ke lamenyeeeeee…camne la akak yer…5 thn…uuuuu…akak dah pg cek doc?mengurut ker?ke akak merancang?.....
Aku : Merancang???...takdelah..Dah dik semua dah…tp tak de rezeki lagi la…sabor je la kan..Sebelum ni keje kat mane? (sbnrnye dia dh bgtu sblm tu tp aku tnye lagi sbb nak matikan bualan tu)
Budak 20 tahun: Akak….kot tak masuk penuh kot,salah posisi ke…akak kene buat macam tu ……pahtu macam ni…………(seriously dia cakap dgn muka yang cukup serious dan x jawab soalan aku)
Aku : Kate belum kahwin…dah pernah buat ke???? (Aku dh naik geram la ni)
Budak 20 tahun: Errrkkk...takdelah kak….(Dia terus terdiam..sedar la tu agaknya)

Aku tak tahu nak kate ape sebenarnya…Kalau jujur sangat mcm ni la selalu kene…..Helloooooooooooo….come on la awak tu belum pon kahwin lagi….Awak sendiri pon tak tahu macam mane nasib awak lepas kahwin nanti…Bukanlah nak mendoakan keburukan dan bukan juga tak suke orang bagi petua ke nasihat ke…but please la…if I said belum ade rezeki tu,dah la..Perlu ke koram nak jadi doctor plak….

Tak boleh ke bile orang kate takde rezeki…koram mendoakan atau at least cakap

Ok takpelah nanti ade la tu rezeki or
Sabar la mungkin ade hikmah tu or
Banyakkan berdoa..Insyaallah..

Ni takde…nak korek kenapa? Bagaimana?Bile? Kat mana???.....Damn!!!
Percayalah aku cukup senang hati dan berterima kasih kalau ada rakan-rakan yang matang dan pandai melayan manusia mengikut keadaan seseorang….(Matang kat sini bukan dari segi usia tapi cara handle keadaan)

Again…will stop here 

Terima Kasih Ya Allah

****P/S : kalau ade nampak english yang berterabur kat mane-mane entry to juz ignore je la yer…wink..wink..winkkkk….

Tuesday 1 November 2011

JANGAN BERSEDIH


Assalamualaikum…

Sharing is Caring….

Tatkala hati kita merungut terhadap ujian yang berat lalu berbisik “Kenapa ujian terhadapku seberat ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman di dalam al-Quran bahawa DIA tahu tahap kesanggupan dan upaya hamba-hambaNYA:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت

“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”               
(Surah al-Baqarah, 2:286)

Hati kadang meronta, menangis,bersedih,berduka,hiba dengan ujian yang Allah takdirkan...
Tapi seringkali ada yang selalu membisikkan di telinga ku…

 “Pasti Allah dah merancang sesuatu yang indah suatu hari nanti”

Tika aku masih buntu mencari jawapan itu…Ade yang berbisik di telingaku

Sayang….

Cukuplah bersedih kerana awak dah punya segalanya…

Cuba renungkan ..

Awak dah ade saya disisi dan saya dah ade awak disisi saya
Adakah itu masih tidak cukup untuk diri awak…kita sama menjaga hati,kita sama berkongsi segalanya,kita bersama dalam susah atau senang dan Insyaallah kita kan bersama hingga ke syurga Allah..

Awak masih mempunyai seorang ibu seorang ayah
Mereka masih bersama awak biarpun bagaimana keadaan awak..memberi kekuatan kepada awak,mencurah kasih sayang yang tak berbelah bahagi kepada awak.

Awak masih punya Abang
Mereka masih setia bersama awak,membela awak,menenangkan awak,dan akan selalu menasihati awak..

Awak masih punya adik
Mereka juga setia bersama awak….mereka selalu menghiburkan awak,mereka akan selalu membahagiakan awak.

Awak masih punya kakak ipar
Dia juga masih bersama awak.tidak pernah mencaci menghina…memberi inspirasi dalam hidup awak.

Awak masih punya anak buah yang comel
Mereka masih punya awak..seorang ibu saudara yang mereka sayang..mereka sudi menemani awak kala awak sendiri.sentiasa menceriakan suasana awak dengan keletah mereka…

Awak punya segalanya yang tak mungkin semua orang ada…
Awak patut bersyukur kerana mereka adalah kekuatan awak…awak tak perlu rasa sendirian,tak perlu menangis ,tak perlu merintih dan tak perlu berdukacita…..

Ujian dari Allah bukan penamat segalanya…awak perlu belajar dari hari ke hari untuk jadi sabar.

Terima kasih suamiku…Terima kasih atas segalanya…

Terima Kasih Ya Allah…


Saturday 29 October 2011

PLEASE RESPECT US


Assalamualaikum….

Bagi orang yang belum ade anak macam aku ni….boleh dikategorikan sebagai orang yang super sensitif dan mudah mengalirkan air mata…Aku harap sangat-sangat bile aku jumpa kawan-kawan or sedara mare…doram tak akan cakap pasal pregnant ker,beby ker,sakit nak beranak ker,baru beli barang beby ker….its hurt a lot….


Bukan la tak suke….of cos aku sangat-sangat tumpang gembira kalau ade kawan-kawan aku atau orang terdekat ade beby baru…But please giv us some respect,koram pikir la sket… jumpa pon bukan selalu pahtu cakap pasal beby,pregnant dan bende yang sama berulang-ulang kat depan-depan aku,Bukan la lansung tak boleh…Abis aku nak cakap ape? nak share ape ngan koram?…Ohh ye….semalam aku tukar diapers anak buah aku atau aku tidokan anak buah aku????...that sicks beb….Aku tahu koram dah jadi mom,banyak bende yang koram nak share pasal anak-anak....aku respect tu....Tapi.... jangan la 2-3 jam jumpa pon topik yang same jer dok ulang-ulang…uuuhhhhhh…I got it!!!! Yes you are supermom…..gggggrrrrrr…..

Pasal tu la aku sekarang ni bile dah jadi super sensitif ni aku jarang nak jumpa kawan-kawan,malas nak jumpe sedara-mare….aku still online kat facebook tapi aku jarang sangat nak chat ngan kawan-kawan aku melainkan kawan tepuk tampar aku…Ape yang aku buat bile online????... aku jadi stalker la….hahahhahahahaaaa….Tengok-tengok wall kawan-kawan yang dah jadi mom...how they update their fb..seronok tau...

 “Ohh..arini beby kecik asyik merengek jer..seb baik yang abang dah pandai..mcm       tahu-tahu je mama die penat”…

That’s sweet kan…wink..winkk…wink…Aku tekan like je la…huhhuhhuuuu….how much i’m expected my life would be like that….

Ok rasenye stop kat sini dulu lar..

Sebelum terlambat nak ucap congrats tu Negeri Sembilan sebab berjaya jadi Juara Piala Malaysia 2011....TAHNIAH!!!!!!.....
Terima Kasih Ya Allah…



THE FINAL!!!!!!


Assalamualaikum….






Excited sangat-sangat malam ni Final Piala Malaysia TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN…
Huhuuhuuhhuuuu……Dah sah-sah aku penyokong setia TERENGGANU…
Wish all d best to all TERENGGANU players…

Walaupun tak dapat pergi Stadium Shah Alam... aku akan tetap bagi sokongan dari jauh bersama my dear husb.... 

Yelah bangga tengok players Terengganu ni,nak ke final bukan senang,berliku jalan kene tempuh.....fuuhhhhh...
setelah berjaya menumbangkan juara tahun lepas The Red Wariors,dan seterusnya menewaskan juara 32 kali Piala Malaysia Selangor akhirnya Terengganu ke pentas final untuk musim 2011....(Dah rupe pengulas dah hehehheehheee...)

Menang atau kalah tu tak penting yang penting semangat untuk majukan sukan bolasepak tanah air..tapi kalau boleh menang tu dah jadi kelebihan laaa....Sape tak nak menang kan....huhuuhuuhhuu....

Okeylah will stop here again....Peteh Ganu Peteh!!!!!!

Terima Kasih Ya Allah...






Thursday 27 October 2011

SYURGA IMPIAN KAMI.


Assalamualaikum….
Hari ni pergi melawat rumah impian kami,syurga kami yang masih dalam pembinaan/kemasan…huhuhuhuuuuu….Now dah boleh kata 80% dah siap…Tak sabar rasenye nak stay kat umah baru, sikit masa lagi aku akan namakan rumah ni tp nak discuss ngan my dear dlu…tibe-tibe kan….nak bagi nama kat anak takde lagi,so insyaallah umah akan siap dulu bagi nama kat umah dulu (wink..wink..winkk)…….Harap semua dipermudahkan oleh Allah…

Dah 2 tahun lebih dah stay kat umah mentua (betul tak ejaan tu? atau mertua)……Dah terlalu lame dah rase…padahal kalau nak diikutkan pejam celik..pejam celik dah 2 tahun…Terima kasih kat mak dan ayah mentua coz melayan aku dengan baik sepanjang 2 tahun ni…(ayat cam nak pindah esok je…huhuhuhuhuhuu….)

Ape pun terima kasih jugak kat my dear Jack sebab merealisasikan impian kita…biarpun lame jugak nak buat rumah impian ni,Tapi aku rasa berbaloi sangat sebab sepanjang aku stay kat rumah in law ni,banyak bende yang aku belajar,banyak bende yang aku tahu…semua tu akan jadi pengalaman berharga aku…. Sedey…

And one more things hope lepas ni ade rezeki kami nak dapat beby pulak Insyaallah..dengan izin-Nya.

Okeylah…will stop here…

Terima Kasih Ya Allah….

TELAH TERCIPTA


Assalamualaikum….w.b.t
Finally…aku berjaya menghasilkan satu blog….Congratulation to me….
Aku amat terpanggil untuk berkongsi rasa hati ini setelah aku tahu begitu ramai yang senasib dengan diri aku….Sebelum ni aku rasa aku sorang jer diberi ujian ini,aku sorang jer selalu dalam keadaan sedey,aku sorang je.....(macam-macam la fikir)

Hingga saat ini aku dan suami masih diuji oleh Allah dengan ketiadaan zuriat meskipun perkahwinan kami sudah melebihi 5 tahun dengan izin-Nya…..Dan dengan izin Allah juga suami masih setia di di sisi menemani,menjadi pendengar,memberi kekuatan kepada aku dan kepada kami…Terima Kasih Ya Allah…atas kurniaan dan rahmat-Mu…..Semoga kasih sayang antara kami berpanjangan hingga ke Syurga-Mu Ya Allah… 

Aku rasa tak mudah untuk aku kongsikan apa yang dilalui,apa yang dirasai dengan hanya bercerita sebab aku yakin dan pasti tak ramai orang yang mampu  menjadi pendengar yang setia….
Mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk meluah apa yang terbuku di hati sepanjang tempoh 5 tahun yang telah aku lalui…Bukan mengharap simpati ….Cuma aku mengharapkan apa yang aku tulis akan menjadi motivasi untuk diri aku sendiri….Dan aku amat mengharapkan setiap perkataan yang aku nukilkan mampu melepas sedikit tekanan yang aku rasai….
Terima Kasih Ya Allah……