Tuesday 1 November 2011

JANGAN BERSEDIH


Assalamualaikum…

Sharing is Caring….

Tatkala hati kita merungut terhadap ujian yang berat lalu berbisik “Kenapa ujian terhadapku seberat ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman di dalam al-Quran bahawa DIA tahu tahap kesanggupan dan upaya hamba-hambaNYA:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت

“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”               
(Surah al-Baqarah, 2:286)

Hati kadang meronta, menangis,bersedih,berduka,hiba dengan ujian yang Allah takdirkan...
Tapi seringkali ada yang selalu membisikkan di telinga ku…

 “Pasti Allah dah merancang sesuatu yang indah suatu hari nanti”

Tika aku masih buntu mencari jawapan itu…Ade yang berbisik di telingaku

Sayang….

Cukuplah bersedih kerana awak dah punya segalanya…

Cuba renungkan ..

Awak dah ade saya disisi dan saya dah ade awak disisi saya
Adakah itu masih tidak cukup untuk diri awak…kita sama menjaga hati,kita sama berkongsi segalanya,kita bersama dalam susah atau senang dan Insyaallah kita kan bersama hingga ke syurga Allah..

Awak masih mempunyai seorang ibu seorang ayah
Mereka masih bersama awak biarpun bagaimana keadaan awak..memberi kekuatan kepada awak,mencurah kasih sayang yang tak berbelah bahagi kepada awak.

Awak masih punya Abang
Mereka masih setia bersama awak,membela awak,menenangkan awak,dan akan selalu menasihati awak..

Awak masih punya adik
Mereka juga setia bersama awak….mereka selalu menghiburkan awak,mereka akan selalu membahagiakan awak.

Awak masih punya kakak ipar
Dia juga masih bersama awak.tidak pernah mencaci menghina…memberi inspirasi dalam hidup awak.

Awak masih punya anak buah yang comel
Mereka masih punya awak..seorang ibu saudara yang mereka sayang..mereka sudi menemani awak kala awak sendiri.sentiasa menceriakan suasana awak dengan keletah mereka…

Awak punya segalanya yang tak mungkin semua orang ada…
Awak patut bersyukur kerana mereka adalah kekuatan awak…awak tak perlu rasa sendirian,tak perlu menangis ,tak perlu merintih dan tak perlu berdukacita…..

Ujian dari Allah bukan penamat segalanya…awak perlu belajar dari hari ke hari untuk jadi sabar.

Terima kasih suamiku…Terima kasih atas segalanya…

Terima Kasih Ya Allah…


No comments:

Post a Comment