Wednesday 28 December 2011

DI AKHIR DISEMBER 2011..



Assalamualaikum…

Agak lame juga tak menulis….ermmmm mungkin takde bende yang nak dikongsi atau mungkin jugak sedikit malas huhuhuuhuu….Kehidupan masih macam biasa hari-hari kerja jumaat jer off day aku….tapi aku tak kisah sangat sebab aku suka bekerja, seronok dengan apa yang aku lakukan…..Bila aku bekerja aku dapat lari sebentar dari masalah yang ada..Aku boleh sibukkan diri dan aku boleh menyibukkan diri …Walau kadang-kadang masalah datang juga menjenguk aku dan  bertanya statusnya, namun aku boleh menepis, boleh melawan dan aku boleh singkirkan masalah tu buat sementara…….sshuuuuhhhh…sshuuhhh…Listen here masalah!!!!! I don’t hav time for you…live me alone…juz go..go..goooo….(kalau la boleh macam tu kan…) fffuuuhhhhh….

Okey laaa juz nak story few things yang berlaku bulan Disember ni….Eeemmmmm….Awal bulan aritu my dear friend dah selamat bergelar seorang isteri dan aku dah berjaya menyibukkan diri aku kat majlis dia…yelah dalam banyak kawan-kawan kami yang dia jemput hanya aku soram jer yang dapat menghadirkan diri…nak buat macam mane sume oram dah ade kerjaya tak pon tak dapat balik sebab ade aral melintang….kukuiikuii…..Selamat Pengantin Baru untuk NA dan ADIE (Nama sebenar tepaksa dirahsiakan…Boleh?????)

Dan awal bulan aritu jugak husb balik dari percutian panjang dia di Spain…Sampai Malaysia ari jumaat…husb bagitahu aku dia nak bertolak balik ke Terengganu pagi sabtu tu…Konononya malam sabtu tu nak stay kat rumah kawan dia dulu….But once dia arrived kat KLIA,suddenly dia decided nak amek flight terus balik Terengganu….Masa dia cal aku suara dia macam penat sangat,13 jam rasenye penerbangan dia…kesian betul aku dengar,pastu tak sabar-sabar nak pekena tomyam dan semua masakan melayu…..horrible sangat ke makanan kat sana????....Flight dr KLIA dalam pukul 7:45pm dan dijangka sampai 8:45 pm….So aku bertolak dari kampung aku lepas maghrib terus ke Airport….Punyalah semangat nak jumpa husb sebelum pukul 8:00pm aku dah sampai….Menunggu laaa aku….dan tepat jam 8:30pm dah dengar pengumuman flight dari Kl dah mendarat…cepat betul yer….maklumlah tak jem…huhuuuuuhuuhuu….

Aku saje tunggu dia jauh-jauh sket,biar dia sampai nanti dia tercari-cari wajah yang dia rindu ni….First time aku tengok dia after 12 days tak jumpe….kenapa my husb nampak sangat kurus????.......Mase tu dah dapat membayangkan mesti makanan kat sana memang sangat eeewwwwww…..dulu masa dia pergi Eastern Europe takde la balik susut macam ni, same jugak almost 2 weeks….Tapi…ni kenapa yang teruk sangat???....haaaahh…ambek ngko…melilau tercari-cari aku…nampak jer muka aku terus request tomyam…bukan nak kata miss u ke ape ke….hahhahaaa….singgah lah kami ke kedai makan isi perut dia dulu…kesian my husb….

Perasaan rindu aku ni dah  bercampur dengan excited yelah lame terpisah kan…dan lagi excited nak tahu ape yang dia belikan untuk aku….Masa dia bertolak pergi sana dulu dia dah pesan kat aku jangan mengharap sesuatu yang best sangat la sebab barang kat sana semua x4…ape yang dibeli tu terima la dengan redha….ok I got it!!!!!.....Tak kisah mane pon sebenarya pasal sourvenir tu takde pon takpe kalau ade lagi la takpe kuikuikuiikuiii……Lagi pon memang dah tahu kat sana matawangnye EURO….So tak payah nak ber Coach, ber Gucci, ber LV bagai la….alahai ade ke.. mampu ke?????....Of cos la aku tak mampu,sah-sah tu berangan jer….huhuhuhuuuuu…

So ni laaa…a few things husb dapat belikan untuk aku…..Sekadar berkongsi berkongsi kegembiraan….

 Awal bulan jugak aku ade tersentap dengan sesuatu yang memberi sedikit tekanan dalam diri…tapi takpe aku dah belajar cara nak handle bende-bende ni semua….memang kadang-kadang di bibir je berkata yang kita mampu handle sesuatu tapi hati kita menidakkan…Walau apepun aku dah cuba sedaya aku…cuba untuk jadi kuat walau kadang-kadang aku masih juga rapuh…Hidup tetap kene terus sampai bila harus jatuh tanpa mampu bangkit,sedang oram lain mertertawakan kejatuhan dan kerapuhan kita…..Mungkin hari ini aku masih kuat tapi aku tak pasti dengan hari esok…Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dalam diri aku…..Kan….tibe-tibe masuk bab sedey…..Yelah dalam suka pasti ade duka....Okeylah END part sedey kat sini yer... 

Jom kita tengok-tengok makanan pulak…


                      udang,sotong & ikan celup tepung yang dapat aku goggle...tak terliur ke?

Okey next…..Biasanya hari jumaat aku keluar ngan husb pergi makan-makan,pusing town,sesi lepak-melepak kat tepi-tepi pantai…tak pun pergi makan udang,sotong or ikan celup tepung (mcm kat atas tu) yang femes kat Terengganu ni,Biasalah port kalu nak makan tu semua  kat Pantai Airport.Sume makanan kat sini superbbb….Kalau ade yang nak bercuti kat Terengganu tu aku rekemenkan koram singgah kat Pantai Airport ni tak rugi… perut pon kenyang…

Tapi jumaat minggu lepas pagi tu aku tolong husb kemaskan kayu-kayan yang berselerak kat rumah kami yang masih dalam proses pembinaan…tolong dia longgokan kayu-kayu tu kat satu tempat supaya senang orang nak buat kerja,sepatutnya kami tak payah buat pon takpe semua tu tapi ayah mentua yang suruh husb aku kemaskan…dah takde kerja so aku pon join la husb aku kesian jugak kalau dia buat soram kan….So mengangkat kayu la aku aritu,Bayangkan badan aku yang kerempeng ni mengangkat kayu...hihiiiihiiiii…..

Tengok pada keadaan rumah tu husb aku cakap tak lama lagi akan siap…husb bagitahu kalau takde aral Insyaallah kalau semua dipermudahkan dalam bulan 3 kami akan stay kat our new home….Aku harap sangat bulan 3 tu aku dah pindah masuk tak kire la awal ke,tengah ke,akhir bulan ke janji bulan MARCH/2012…..Aku sangat-sangat tak sabar to starts new life again…Ye..new life!!!!!!.......huuhuhuhhuuuu..Hopefully next year ade la rezeki buat kami dapat baby…Insyaallah…

Ape citer ni dari awal bulan tibe-tibe akhir bulan yang tengah bulan mane????....jawabnya tengah bulan tu tak sempat nak fikir ape yang dilakukan…atau mungkin kalau cerita kan jadi boring plak…afdal la di awal dan akhir bulan saje ye….
Sebelum entry boring ni berakhir dan tahun 2011 yang dah nak berakhir tak berapa hari lagi ni…Aku dengan berbesar hati nak wish kawan-kawan semua


Semoga perjalanan 2012 dipermudahkan, dilimpahkan rezeki,diberi kebahagian,dilindungi oleh Allah S.W.T dan semoga aku dan kita semua bakal menjadi IBU di tahun 2012 Insyaallah…..Tanamkan azam dalam diri ye…Bagi aku pulak aku akan postpone kan Azam tahun lepas…Dah 5 tahun dah berazam harap-harap azam yang di postpone ni akan tertunai la tahun ni kan…next..next year buleh bukak azam baru yer dak….Berhenti kat sini dulu yer…Insyaallah next year kita jumpa lagi…


Terima Kasih Ya Allah….

No comments:

Post a Comment