Wednesday 7 December 2011

SALAHKAH AKU...???



Mengapa saat ini aku merasakan orang sekeliling seolah membenci,seolah mencemuh,seolah memerli dengan kekurangan yang ada pada aku?…Adilkah aku berfikiran begitu??…Salahkah aku berfikiran sebegitu??? Dan salahkah aku kerna ada kekurangan???Berdosakah aku kerna tak seperti insan lain???…,Bukan pernah meminta dicorakkan kehidupan sebegini,tidak aku meminta menghadapi dugaan ini…Namun semua yang berlaku adalah kehendak-Nya…Insyaallah akan ada kemanisan selepas kepahitan sementara ini….

Allah tak akan memberi ujian kepada seseorang hamba melainkan sesuai dengan kemampuannya,Seharusnya aku tak perlu menangis lagi dengan ujian ini…

Aku cuba untuk tidak menangis,namun hati aku terlalu rapuh dengan manusia sekeliling…Manusia  yang terlalu ingin mengambil tahu,terlalu ingin mengambil berat dengan  sindiran dan cemuhan…Aku rapuh dengan kata-kata manusia sekeliling,aku menangis dengan sindiran orang,aku merintih dengan kelantangan insan lain bebicara tentang hidup aku…..

Aku seolah bersendiri di bumi Allah yang luas ini,tiada tempat untuk aku mengadu,tiada tempat untuk merintih…Aku insan lemah ,Aku tak layak meminta lebih….Yang aku mahu cuma sedikit ketenangan dalam hidup,Aku ingin jauh dari segala masalah untuk sementara..Aku ingin jauh dari insan yang mencaci,menghina,mencemuh aku…Aku tak perlukan mereka untuk berada di sekeliling aku…Aku letih dengan mereka yang berterusan cuba sedaya upaya menyakiti hati aku…Aku tak menyusahkan hidup orang lain,Aku tidak meminta-minta… Aku terima apa adanya aku….Tapi kenapa masih ada yang  tak jemu-jemu mengusik hati aku…????

Ya Allah bantulah aku…………………

3 comments:

  1. Salam kenal Eiyda,

    TTCian sangat memahami perasaan itu..
    kita insan terpilih oleh Allah dengan ujian2 sebegini..kalau perlu menangis, menangis lah sepuas2 nya..saya dah puas menangis..
    Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan hamba itu mampu untuk menghadapinya...

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Siti,

    Terima kasih kerana memahami...hanya orang yang menghadapi ujian seperti kita yang memahami hati dan perasaan kita...

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Umaira follow blog kamu...
    Datang sama2 utk memberi support kpd kawan2 TTC yg lain di alam maya nih...
    Semoga kita sama2 menanti penantian kurniaan Allah yg satu itu...

    ReplyDelete